belajar erti kehidupan dr seekor KATAK


Tandas di pejabatku yang terletak di Senawang pernah dimasuki oleh seekor katak. Kisah ini berlaku setahun yang lalu. Pejabat lama ku terletak di tingkat tiga. Sungguh penat jika mahu memunggah naik dan turun barang-barang untuk ke program. Ini juga merupakan salah satu sebab utama kami berpindah ke pejabat baru (rumah sewa).
Kisah katak bermula apabila tandas pejabatku yang tinggi ini dilawati oleh seekor katak. Aku lansung tidak peduli tentang kehadiran katak tersebut walaupun aku sentiasa keluar masuk bilik air. Aku menyangka katak tersebut mungkin singgah sebentar dan akan beredar selepas itu. Pandai masuk, pandailah keluar. Bisik hatiku.
Namun, selepas beberapa hari (mungkin lima ke tujuh hari agaknya) aku mula merasakan sesuatu yang ganjil. Katak tersebut masih lagi ada dalam tandas pejabatku.
"Eh, tak keluar lagi katak ni? Macamanalah kau boleh sampai kat tingkat tiga ni. Takkan tak tau jalan keluar?" hatiku berbicara.
Pelik.
Sedang saat itu mataku melihat kearah katak tersebut. Memerhatikan gelagatnya. Ia sedang terlompat-lompat ke dinding tandas. Seperti sedang memanjat dinding untuk melepaskan diri. Namun langkahnya hari ini seperti sudah semakin lemah. Dahulunya gemuk juga. Hari ini aku lihat ia sudah sedikit kurus. Apabila badannya melompat ke dinding, tangannya dengan penuh harapan cuba menekap dinding.
Sayangnya, badannya meluncur ke bawah dan jatuh semula ke lantai. Kemudian ia cuba lagi, jatuh semula.
Cuba lagi, dan jatuh semula. Kemudian ia rehat sebentar, dan terus mencuba lagi memanjat dinding. Aduh, sungguh sayu aku melihatnya. Aku tunduk sedar. Aku memasukkan diriku dalam katak tersebut. Aku dapat rasakan katak tersebut sedang menjerit-jerit meminta pertolongan. Melompat-lompat supaya dirinya mampu melepasi dinding tandas, walaupun menyedari usaha tersebut pasti sia-sia. Tapi, ia tiada pilihan. Duduk menunggu ajal, atau terus mencuba untuk keluar.
Lantas dengan penuh rendah hatinya aku keluar mencari plastik. Aku bawakan ke katak tersebut. Aku masukkannya ke dalam plastik. Sungguh, aku rasa geli memegangnya, walaupun berbungkus dalam plastik.
Aku berlari keluar daripada pejabat. Menuruni tangga (3 tingkat) dengan pantas. Hampir sahaja kakiku tersilap anak tangga. Sampai sahaja di muka pintu, aku lihat cahaya matahari petang begitu indah. Tentu ini yang dimahukan katak tersebut.
Aku letakkannya di atas lantai dan bukakan bungkusan tersebut. Belumpun sempat bungkusan itu habis dibuka, katak tersebut terus melompat keluar daripada plastik dengan pantas. Aku dapat lihat betapa tingginya lompatan tersebut. Tidak seperti lompatannya ketika memanjat dinding sebentar tadi. Oh, gembiranya aku. Puas sungguh!
Aku sangkakan katak tersebut terus pergi meninggalkanku. Jadi aku tunggulah sebentar sehingga katak itu hilang daripada pandanganku. Namun, sangkaan ku sememangnya tidak tepat. Selepas melompat keluar daripada plastik tersebut, katak itu terus pusing menghadapku.
Kini, mata bertentang mata. Aku merenung matanya. Dia juga merenung mataku. Aku dapat lihat air matanya. Bergenang. Mukanya mengatakan terima kasih. Anak matanya jelas mengatakan dia sungguh berterima kasih. Aku merasa sungguh sedih dan sebak. Namun hatiku benar-benar gembira melihatnya kembali bebas.
"Tidak mengapalah, kamu sekarang dah bebas. Kamu pergilah kemana kamu suka. Satu sahaja pintaku, tolong doakan aku sentiasa supaya Allah sentiasa membantuku jika aku menghadapi belenggu" kataku padanya.
Seperti mendengar kata-kataku, dia terus pusing dan pergi meninggalkanku.
Katak, sungguh kau telah mengajar erti kehidupan kepadaku.
Kau ajarku untuk teruskan berusaha selagi termampu. Usah mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan.
Kau ajarku untuk ucapkan terima kasih walau siapa sahaja yang membantu kita, walaupun kita tidak mengenalinya.
Kau memberikanku semangat untuk terus melakukan kebaikan, kerana aku yakin setiap kebaikan pasti ada ganjaran di sisi Tuhan.
READMORE
 

8 tips atasi mslh tangguhkan kerja!!

neyh kes2 menangguhkn tugasan...jgn2...sesak nnti neyh!!



1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?
2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.
3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.
4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.
5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.
6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.
7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.
8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.
READMORE
 

doa buat sahabatku di GAZA


Kerana agama yang satu
Gembira mu adalah gembira ku
Sedih mu adalah sedih ku
Sakit mu adalah sakit ku
Derita mu adalah derita ku
Tangis mu jua adalah tangis ku.
Kerana agama yang satu
Kami bangkit membantu
Tidak sanggup diam membisu
Melihat kau dibedil peluru
Kerana agama yang satu
Kami berusaha menjatuhkan bangsa itu
Zionis Laknatullah yang tidak mengenal erti malu
Merobek jasad saudara Islamku sehingga kaku
Kerana agama yang satu
Kita bangkit mempertahan maruah itu
Jangan bersedih Palestin saudara ku
Kami iringkan doa buatmu
Agar tersungkur Israel dan Sekutu
"Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka." - Doa Qunut Nazilah
READMORE
 

s.a.h.a.b.a.t buat sahabat

S aat aku terjatuh
A kibat dari kelalaian
H ingga diri terluka
A ntara sedar dan lena
B aru ak tahu
A ku perlukan seseorang
T uk bangkit meneruskan perjalan
 
(^_^)
READMORE
 

sembang2 kedai kopi...

Satu pasangan muda yang baru berkahwin menetap di sebuah rumah taman perumahan.

Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui tingkap kaca. Dia melihat jirannya sedang menyidai kain.

"Ish, awat kain hat dia basuh tu nampak tak bersih?", kata si isteri kepada suaminya.


"Macam tak reti cuci kain jaa. Mungkin dia patut pakai sabun cuci hat bagus sket."

Suaminya menoleh ke arah tingkap kaca, tetapi hanya diam dan tidak memberi sebarang komen.

Sejak hari itu setiap kali jirannya menyidai pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya pakaian yg dicuci jirannya.

Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian2 yang disidai jirannya terlihat cantik dan bersih, dan dia berkata kepada suaminya," Bang2, tengok tu, jiran kita dah belajaq bagaimana mencuci kain dgn betul. Macam tu la baru orang panggil cuci kain. Sabun apa yang dia pakai agaknya ye?"

Si suami yg mendengaq potpet2 isterinya itu lalu berkata, "Taktau la sabun apa yg dia guna tapi abang bangun awal2 pagi hari ini dan membersihkan tingkap kaca kita."

____

Dan begitulah kita dgn kehidupan.
Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran (tingkap kaca) kita memandangnya.

Jika HATI kita bersih, maka bersih pulak FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersih pulak PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih, maka bersih (baik) pulak PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita mencerminkan hidup kita. Ok ada faham ? Kalau faham pi lekaih cuci tingkap rumah hangpa. Penuh habuk tu
READMORE
 

my family...my love

kejayaan seorang insan disebaliknya berdiri berjuta...beribu...beratus orang yg hebat yang setia mnjadi teman disisi... Jadi, setiap satunya pasti lah keluarga...






bagai air yg dicincang tiada putus...

kita bermula dengan keluarga dan berakhir dengan keluarga...
kita bersedih bersama keluarga bergembira dengan keluarga...
kita sakit dijaga keluarga maka dh sihat jgn lupa keluarga...
kita suka pd keluarga mesti enak ada keluarga...
kita diberi keluarga...

jgn sia2kn...the first of all is KELUARGA!!
READMORE
 

setiap mereka itu AKU...

bila tiba masanya...
akhirnya aku tahu apa ertinya sahabat...
berapa harga seorang sahabat...


dlm hidupku...
sahabat insan yg terpenting selepas ayah dan ibuku...

setiap ketawaku diiringi rentak mereka...
setiap tangisku diiringi pujukan mereka...
setiap ujian ku diiringi kata nasihat mereka...
setiap jatuhku diiringi capaian tangan mereka...
maka bagi aku...
disetiap mereka...
adalah aku...<3
READMORE